ResitSegera
Invois Sebut Harga
MY SHOP
KUALA LUMPUR
Jumlah
RM 0.00
TARIKH: ...
MASA: ...
Perkara Jumlah
JUMLAH RM 0.00
Terima kasih atas pembelian anda.
resitsegera.com
100%
MY SHOP
Resit
No. Resit: ...
Tarikh: ...
Perkara Kuantiti Harga Unit (RM) Jumlah (RM)
Kaedah: DuitNow
Terima kasih atas pembelian anda.
JUMLAH RM 0.00
resitsegera.com
Pratonton
MAKLUMAT KEDAI i
MAKLUMAT PELANGGAN (pilihan)
SENARAI BARANG
Item Qty Harga
DISKAUN (pilihan)
TUNAI DITERIMA (pilihan)
KAEDAH BAYARAN
STATUS BAYARAN i
Soalan Lazim
Kebanyakan benda yang orang cari memang dah ada - cuma tersembunyi sikit. Tekan soalan untuk lihat jawapan.
Macam mana nak letak logo kedai pada resit?

Tekan ikon Tetapan, pilih fail pada bahagian Logo, kemudian tekan Simpan Tetapan. Logo akan keluar pada setiap resit selepas itu - anda tidak perlu masukkannya semula setiap kali.

Macam mana nak buang logo?

Buka Tetapan. Kalau anda sudah ada logo, gambarnya dipaparkan di situ dengan butang Buang Logo di bawahnya - tekan butang tersebut, kemudian Simpan Tetapan. Logo akan hilang dari semua dokumen, kerana resit, invois dan sebut harga berkongsi tetapan kedai yang sama.

Macam mana nak ubah nombor resit?

Dalam Tetapan, bahagian No Resit Berturutan: tetapkan prefix (contoh RS-), nombor mula, dan bilangan digit. Nombor akan naik sendiri setiap kali anda buat resit baru. Anda juga boleh tukar labelnya, atau sorok terus nombor tersebut daripada resit.

Macam mana nak tukar tarikh pada resit?

Ada medan Tarikh pada borang resit. Ia diisi dengan tarikh hari ini secara automatik, tetapi anda boleh menukarnya kepada mana-mana tarikh - berguna kalau anda menulis resit untuk jualan semalam.

Boleh masukkan maklumat pelanggan (nama, no. telefon, alamat)?

Boleh. Pilih template Terperinci. Template tersebut ialah resit A4 yang mempunyai ruangan Maklumat Pelanggan (nama, telefon, email, alamat), jadual kuantiti dengan harga seunit, serta ruangan tunai diterima dan baki.

Macam mana nak letak butiran bank atau cara bayar?

Isikan butiran bank dalam Tetapan. Ia akan dipaparkan pada resit apabila statusnya Belum Bayar atau Deposit, iaitu ketika pelanggan masih perlu tahu ke mana hendak membayar. Butiran yang sama digunakan pada invois.

Macam mana nak hantar resit kepada pelanggan?

Di telefon, tekan Kongsi PDF - fail PDF resit diserahkan kepada aplikasi perkongsian telefon anda, jadi anda boleh terus menghantarnya melalui WhatsApp, email atau apa sahaja aplikasi yang ada. Di komputer, tekan Muat turun PDF dan lampirkan fail tersebut seperti biasa.

Resit lama saya hilang. Kenapa?

Sejarah resit disimpan di dalam peranti yang anda gunakan, bukan di dalam akaun atau cloud. Resit yang dibuat di telefon tidak akan kelihatan di komputer, dan membersihkan data browser akan memadamkannya. Gunakan Backup dalam Tetapan untuk menyimpan satu fail salinan, dan Restore untuk memulihkannya di peranti lain.

Kena daftar akaun atau bayar tak?

Tidak. Membuat resit adalah percuma sepenuhnya, tanpa pendaftaran akaun dan tanpa perlu memasang aplikasi. Buka laman, isi butiran, muat turun PDF.

Resit ini boleh guna untuk e-Invois LHDN?

Resit dan invois yang dijana di sini ialah dokumen perniagaan biasa - ia bukan e-Invois yang disahkan LHDN melalui sistem MyInvois. Setakat kemas kini terkini, perniagaan dengan perolehan tahunan di bawah RM1 juta dikecualikan daripada mandat e-Invois. Sila rujuk laman rasmi LHDN untuk status terkini yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Apa yang buat kerja anda susah?
Beritahu kami masalah anda, atau benda yang anda cari tapi tak jumpa. Kami baca setiap satu.
Pilihan (optional). Untuk kami hubungi jika ada susulan berkaitan maklum balas anda. Borang ini untuk maklum balas kepada kami sahaja - Resit anda tidak dihantar ke mana-mana, ia dimuat turun sebagai PDF ke peranti anda.
Hubungi Kami
Ada soalan, atau nak sistem custom untuk bisnes anda? Hantar mesej - kami akan balas dalam masa terdekat.
PENIAGA ONLINE?
Printer Thermal Bluetooth murah untuk cetak resit.
Shopee

Tentang ResitSegera.com

ResitSegera adalah Generator Resit Online Percuma No.1 di Malaysia. Alat ini direka khas untuk peniaga online, dropship, dan runner yang memerlukan cara pantas untuk menghasilkan resit rasmi (official receipt) atau resit thermal tanpa perlu download aplikasi berat.

Kenapa Guna Resit Maker Ini?

Sesuai Untuk Siapa?

Aplikasi pembuat resit ini sesuai untuk peniaga makanan, rider penghantaran, kedai runcit, dan bisnes kecil yang menggunakan transaksi tunai (Cash), DuitNow QR, Touch 'n Go eWallet, atau Online Transfer.

Perlukan Invois Rasmi?

Selain resit, kami turut sediakan InvoiceSegera — generator invois online percuma untuk peniaga yang perlu menghantar invois rasmi kepada pelanggan, lengkap dengan Bil Kepada, tempoh bayaran, diskaun, SST, status pembayaran, dan PDF vector (bukan gambar). Tersedia dalam Bahasa Melayu dan English. Cuba InvoiceSegera →

Resit untuk rekod jualan dan bukti pembayaran rasmi perniagaan anda - DuitNow, Cash, Touch 'n Go eWallet, atau Online Transfer.