ResitSegera Invois
Resit Sebut Harga
Nama Kedai
INVOIS
No:
Tarikh:
Tempoh Bayar:
Bil Kepada
Perkara Kuantiti Harga Unit (RM) Jumlah (RM)
Jumlah Kecil0.00
JUMLAHRM 0.00
Butiran Bayaran
Terima kasih atas pembelian anda.
resitsegera.com
Pratonton
Maklumat Kedai
Maklumat Invois
Bil Kepada (pilihan)
Senarai Barang
Item Qty Harga
Diskaun & Cukai (pilihan)
Butiran Bayaran
Nota Kaki
Soalan Lazim
Kebanyakan benda yang orang cari memang dah ada - cuma tersembunyi sikit. Tekan soalan untuk lihat jawapan.
Apa beza invois dan resit?

Invois ialah tuntutan bayaran yang dihantar sebelum pelanggan membayar - ia menyatakan jumlah yang perlu dijelaskan dan bila. Resit ialah bukti selepas bayaran diterima. Kalau pelanggan belum bayar, yang anda perlukan ialah invois.

Macam mana nak letak logo kedai pada invois?

Tekan ikon Tetapan, pilih fail pada bahagian Logo, kemudian simpan. Logo akan keluar pada setiap invois selepas itu. Logo, nama kedai dan alamat yang sama turut digunakan pada resit dan sebut harga.

Macam mana nak buang logo?

Buka Tetapan. Kalau anda sudah ada logo, gambarnya dipaparkan di situ dengan butang Buang Logo di bawahnya - tekan butang tersebut, kemudian Simpan Tetapan. Logo akan hilang dari semua dokumen, kerana resit, invois dan sebut harga berkongsi tetapan kedai yang sama.

Macam mana nak ubah nombor invois?

Anda boleh menaip terus ke dalam medan No. Invois pada borang. Untuk penomboran automatik, buka Tetapan dan tetapkan prefix, nombor mula dan bilangan digit - nombor akan naik sendiri setiap kali anda buat invois baru.

Macam mana nak set tarikh akhir bayaran?

Guna medan Tempoh Bayar dalam bahagian Maklumat Invois. Tarikh tersebut dicetak pada invois supaya pelanggan tahu bila bayaran dijangka.

Macam mana nak letak butiran bank pada invois?

Isikan bahagian Butiran Bayaran pada borang - nama bank, nombor akaun dan nama pemegang akaun. Ia akan dicetak pada invois supaya pelanggan tahu ke mana hendak membayar.

Boleh letak SST atau cukai pada invois?

Boleh. Dalam bahagian Diskaun & Cukai, isikan label cukai (contohnya SST) dan peratusannya. Baris cukai akan dikira dan dipaparkan pada invois. Biarkan kosong kalau anda tidak mengenakan cukai.

Macam mana nak hantar invois kepada pelanggan?

Di telefon, tekan Kongsi PDF - fail PDF invois diserahkan kepada aplikasi perkongsian telefon anda, jadi anda boleh terus menghantarnya melalui WhatsApp, email atau apa sahaja aplikasi yang ada. Di komputer, tekan Muat turun PDF dan lampirkan fail tersebut seperti biasa.

Boleh buat invois dalam Bahasa Inggeris?

Boleh. Tekan togol BM / EN di bahagian atas. Ia menukar bahasa pada dokumen invois itu sendiri, bukan sekadar paparan skrin - berguna untuk pelanggan korporat atau luar negara.

Invois lama saya hilang. Kenapa?

Sejarah invois disimpan di dalam peranti yang anda gunakan, bukan di dalam akaun atau cloud. Invois yang dibuat di telefon tidak akan kelihatan di komputer, dan membersihkan data browser akan memadamkannya. Untuk menyimpan satu fail salinan, buka halaman Resit dan guna Backup dalam Tetapan - fail backup tersebut merangkumi invois dan sebut harga sekali.

Kena daftar akaun atau bayar tak?

Tidak. Membuat invois adalah percuma sepenuhnya, tanpa pendaftaran akaun dan tanpa perlu memasang aplikasi.

Invois ini boleh guna untuk e-Invois LHDN?

Invois yang dijana di sini ialah dokumen perniagaan biasa - ia bukan e-Invois yang disahkan LHDN melalui sistem MyInvois. Setakat kemas kini terkini, perniagaan dengan perolehan tahunan di bawah RM1 juta dikecualikan daripada mandat e-Invois. Sila rujuk laman rasmi LHDN untuk status terkini yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Apa yang buat kerja anda susah?
Beritahu kami masalah anda, atau benda yang anda cari tapi tak jumpa. Kami baca setiap satu.
Pilihan (optional). Untuk kami hubungi jika ada susulan berkaitan maklum balas anda. Borang ini untuk maklum balas kepada kami sahaja - Invois anda tidak dihantar ke mana-mana, ia dimuat turun sebagai PDF ke peranti anda.
Hubungi Kami
Ada soalan, atau nak sistem custom untuk bisnes anda? Hantar mesej - kami akan balas dalam masa terdekat.
PENIAGA ONLINE?
Printer Thermal Bluetooth murah untuk cetak resit.
Shopee

Tentang InvoiceSegera

Lihat Changelog Penuh →

InvoiceSegera (sebahagian daripada ResitSegera) adalah Generator Invois Online Percuma untuk peniaga kecil dan sederhana di Malaysia. Direka untuk peniaga yang perlu menghantar invois rasmi (official invoice) kepada pelanggan atau syarikat — lengkap dengan Bil Kepada, tempoh bayaran, diskaun, dan SST — tanpa perlu daftar akaun atau bayar sepeserpun.

Kenapa Guna Invoice Maker Ini?

Sesuai Untuk Siapa?

InvoiceSegera sesuai untuk pembekal, kontraktor kecil, freelancer, dan peniaga runcit atau borong yang perlu menghantar invois rasmi (bukan sekadar resit) kepada pelanggan — terutamanya untuk urus niaga bernilai lebih tinggi atau yang menggunakan tempoh bayaran (credit terms).

Invois untuk rekod jualan, tuntutan bayaran, dan dokumen rasmi perniagaan anda — lengkap dengan tarikh tempoh bayar dan status BELUM BAYAR / DIBAYAR.