ResitSegera Sebut Harga
Resit Invois
Nama Kedai
SEBUT HARGA
No:
Tarikh:
Sah Sehingga:
Untuk
Perkara Kuantiti Harga Unit (RM) Jumlah (RM)
Jumlah Kecil0.00
JUMLAHRM 0.00
Terma & Syarat
Terima kasih.
resitsegera.com
Pratonton
Maklumat Kedai
Maklumat Sebut Harga
Maklumat Pelanggan (pilihan)
Senarai Barang
Item Qty Harga
Diskaun (pilihan)
Terma & Syarat (pilihan)
Nota Kaki
Soalan Lazim
Kebanyakan benda yang orang cari memang dah ada - cuma tersembunyi sikit. Tekan soalan untuk lihat jawapan.
Apa itu sebut harga?

Sebut harga (quotation) ialah dokumen tawaran harga yang diberi sebelum kerja atau jualan dibuat. Ia menyatakan harga yang ditawarkan, tempoh sah laku dan terma - pelanggan belum berhutang apa-apa sehingga tawaran diterima.

Apa beza sebut harga, invois dan resit?

Tiga peringkat dalam satu transaksi: sebut harga ialah tawaran sebelum kerja, invois ialah tuntutan bayaran selepas kerja siap, dan resit ialah bukti selepas bayaran diterima.

Berapa lama sebut harga sah?

Ikut tempoh yang dinyatakan pada dokumen - kebiasaannya 30 hari. Selepas tarikh Sah Sehingga, penjual tidak lagi terikat dengan harga tersebut.

Macam mana nak tukar sebut harga jadi invois?

Tekan butang Tukar ke Invois pada sebut harga - butiran pelanggan dan senarai item dipindahkan terus ke borang invois, dan invois mendapat nombor barunya sendiri. Sebut harga asal kekal tidak berubah.

Macam mana nak letak logo kedai pada sebut harga?

Tekan ikon Tetapan, pilih fail pada bahagian Logo, kemudian simpan. Logo akan keluar pada setiap sebut harga selepas itu. Logo, nama kedai dan alamat yang sama turut digunakan pada resit dan invois.

Macam mana nak buang logo?

Buka Tetapan. Kalau anda sudah ada logo, gambarnya dipaparkan di situ dengan butang Buang Logo di bawahnya - tekan butang tersebut, kemudian Simpan Tetapan. Logo akan hilang dari semua dokumen, kerana resit, invois dan sebut harga berkongsi tetapan kedai yang sama.

Macam mana nak ubah nombor sebut harga?

Anda boleh menaip terus ke dalam medan No. Sebut Harga pada borang. Untuk penomboran automatik, buka Tetapan dan tetapkan prefix, nombor mula dan bilangan digit - nombor akan naik sendiri setiap kali anda buat sebut harga baru.

Macam mana nak set tarikh Sah Sehingga?

Guna medan Sah Sehingga dalam bahagian Maklumat Sebut Harga. Tarikh tersebut dicetak pada dokumen supaya pelanggan tahu sampai bila harga yang ditawarkan itu masih terpakai.

Macam mana nak letak terma dan syarat?

Isikan bahagian Terma & Syarat pada borang. Apa yang anda taip di situ disimpan dan akan muncul semula pada sebut harga berikutnya, jadi anda tidak perlu menaipnya semula setiap kali.

Macam mana nak hantar sebut harga kepada pelanggan?

Di telefon, tekan Kongsi PDF - fail PDF sebut harga diserahkan kepada aplikasi perkongsian telefon anda, jadi anda boleh terus menghantarnya melalui WhatsApp, email atau apa sahaja aplikasi yang ada. Di komputer, tekan Muat turun PDF dan lampirkan fail tersebut seperti biasa.

Boleh buat sebut harga dalam Bahasa Inggeris?

Boleh. Tekan togol BM / EN di bahagian atas. Ia menukar bahasa pada dokumen sebut harga itu sendiri, bukan sekadar paparan skrin.

Sebut harga lama saya hilang. Kenapa?

Sejarah sebut harga disimpan di dalam peranti yang anda gunakan, bukan di dalam akaun atau cloud. Dokumen yang dibuat di telefon tidak akan kelihatan di komputer, dan membersihkan data browser akan memadamkannya. Untuk menyimpan satu fail salinan, buka halaman Resit dan guna Backup dalam Tetapan - fail backup tersebut merangkumi sebut harga dan invois sekali.

Kena daftar akaun atau bayar tak?

Tidak. Membuat sebut harga adalah percuma sepenuhnya, tanpa pendaftaran akaun dan tanpa perlu memasang aplikasi.

Apa yang buat kerja anda susah?
Beritahu kami masalah anda, atau benda yang anda cari tapi tak jumpa. Kami baca setiap satu.
Pilihan (optional). Untuk kami hubungi jika ada susulan berkaitan maklum balas anda. Borang ini untuk maklum balas kepada kami sahaja - Sebut harga anda tidak dihantar ke mana-mana, ia dimuat turun sebagai PDF ke peranti anda.
Hubungi Kami
Ada soalan, atau nak sistem custom untuk bisnes anda? Hantar mesej - kami akan balas dalam masa terdekat.
PENIAGA ONLINE?
Printer Thermal Bluetooth murah untuk cetak resit.
Shopee

Tentang Sebut Harga ResitSegera

Lihat Changelog Penuh →

Sebut Harga ResitSegera adalah Generator Sebut Harga (Quotation) Online Percuma untuk peniaga kecil dan sederhana di Malaysia. Direka untuk peniaga yang perlu memberi sebut harga rasmi kepada pelanggan atau syarikat — lengkap dengan tarikh sah laku, terma dan syarat, dan diskaun — tanpa perlu daftar akaun atau bayar sepeserpun.

Kenapa Guna Quotation Maker Ini?

Sesuai Untuk Siapa?

Sesuai untuk kontraktor, pembekal, freelancer, dan penyedia servis (aircond, printing, catering, event) yang perlu memberi harga secara bertulis sebelum kerja dimulakan — terutamanya untuk kerja bernilai lebih tinggi yang pelanggan mahu bandingkan atau pertimbangkan dahulu.

Sebut harga untuk tawaran rasmi perniagaan anda — lengkap dengan tarikh sah laku, terma dan syarat, dan butang tukar terus ke invois bila pelanggan setuju.